Senin, 26 Maret 2012

malam-malam ramadhan


Pada Pada malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada Pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Pada Pada malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Pada Pada malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah SWTmengampunkan dosa engkau.

pada Pada malam 4 - Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

pada Pada malam 5 - Allah SWT kurniakan baginya pahala sebagaimana orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Pada Pada malam 6 - Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah SWTmengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada Pada malam ini.

Pada Pada malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Pada malam 8 - Allah SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah SWTIbrahim ‘Alaihissalam.

Pada malam 9 - Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Pada malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Pada malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Pada malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Pada malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Pada malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Pada malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah SWT mengampunkannya.

Pada malam 16 - Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Pada malam 17 - Allah SWT kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada Pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Pada malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah SWT telah ridha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Pada malam 19 - Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Pada malam 20 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Pada malam 21 - Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Pada malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Pada malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Pada malam 24 - Allah SWT bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih Pada malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Pada malam 25 - Allah SWT angkatkan daripadanya siksa kubur.

Pada malam 26 - Allah SWT kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada Pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Pada malam 27 - Allah SWT kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada Pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Pada malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Pada malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Pada malam 30 - Allah SWT beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.